Sunday, July 10, 2011

Teknik Belajar Memandu kereta


Teknik Belajar Parking

  1. Luruskan kereta, undur dan dapatkan bahu jalan yang berwarna putih dan berhenti.
  2. Pusing kiri sampai habis, undur dan dapatkan tiang belakang melalui cermin tingkap sisi lalu berhenti.
  3. Pusing kanan 2 kali (luruskan tayar). Undur kereta sehingga tayar belakang mencecah garisan putih dan berhenti.
  4. Pusing kanan sampai habis, undur sampai tayar depan kanan masuk ke dalam petak parking dan berhenti
  5. a) Pusing kiri sampai habis guna gear 1 maju kehadapan sehingga badan kereta sama lurus dengan garisan dan berhenti (free gear dan tarik handbreak). Angkat tangan.b) Kemudian, masuk gear reverse berundur ke belakang dan berhenti (free gear dan tarik handbreak)
  6. Pusing kanan sampai habis dan keluar berhati-hati menuju ke petak pusingan tiga penjuru.


Tip Ujian Parking:

Calon akan lulus jika:

  1. Berjaya melakukan ujian parking dan keluar dalam masa 5 minit.
  2. Keempat-empat roda dan seluruh badan kenderaan berada dalam kotak.

Calon akan gagal jika:

  1. Melanggar atau menyentuh tiang penanda.
  2. Melanggar atau menyentuh tapak tiang penanda.
  3. Tidak dapat melakukan ujian dalam masa yang ditetapkan:
  • Badan kereta menyentuhi atau melebihi garisan kuning samada semasa masuk atau keluar
  • Keseluruhan kereta tidak masuk dalam petak
  • Sebahagian kereta tidak masuk dalam petak
  • Badan kereta samada depan atau belakang menjulur keluar.
  • Kereta masih berada dalam petak samada sebahagian atau keseluruhannya apabila tamat tempoh 5 minit yang ditetapkan
  • Melakukan ujian parking melebihi masa yang ditetapkan iaitu 5 minit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...