Saturday, September 29, 2012

Jadual Kelas Memandu Di PML


JENIS LESEN YANG DITAWARKAN

  Had umur yang diperlukan untuk lesen memandu:

Kenderaan Kelas Lesen Umur
Motorsikal   B2 / B          16
Kereta            D                  17
Kenderaan Komersial Semua Kelas 21

  Dokumen-dokumen penting yang diperlukan ketika mendaftar:

Salinan Kad Pengenalan / Passport - 3 keping
Gambar ukuran lesen / passport - 3 keping

  Prosedur Untuk Mendapatkan Lesen Memandu

1.  KURSUS KURIKULUM PENDIDIKAN PEMANDU (KPP)

Hari :                Sabtu
Masa : 8.00 pg– 4.00 ptg
Tempat : Pusat Memandu Labuan, Kg. Sungai Lada, w.p.labuan

2.  UJIAN BERKOMPUTER
Hari : Isnin/ Selasa / Rabu / Khamis / Jumaat / Sabtu
Masa : 8.30 pg – 4.30 ptg
Tempat : Rilek, Kampung Drian Tunjung.

3. KURSUS TEORI ASAS PEMANDUAN (JPJL2B)

Hari :          Jumaat
Masa : 10.00 pg – 1.00 ptg (Kelas Teori)
Tempat : Pusat Memandu Labuan, Kg. Sungai Lada, w.p.labuan

4. LESEN L

5. LATIHAN PEMANDUAN

Jumlah Jam : Minimum 8 Jam ( 4 Kelas )
Jadual Belajar: Isnin/ Selasa / Rabu / Jumaat / Sabtu / Ahad ( 7.00 pg – 7.00 ptg )

6. UJIAN KELAYAKAN (QTI)
   Hari Khamis 8.00 pagi-5.00ptg

7. UJIAN JPJ

Hari Ujian : Setiap Hari Rabu ( 8.00 pg – 5.00 ptg )

8. LESEN P

Tips Ujian Memandu dalam litar Bahagian Mendaki Bukit

Tips Ujian Memandu dalam litar Bahagian Mendaki Bukit

Biasa pelajar akan gagal semasa ujian di bukit kerana gagal menggunakan teknik yang betul semasa ujian
Teknik asas 6 B yang perlu diterapkan dalam diri pelajar ialah

1)Berdoa/Bersedia
==>Berdoa
==>Pastikan betul-betul bersedia
==>Betulkan tempat duduk supaya rasa selesa dengan kedudukan stereng,clutch,minyak,brek.

2)Berhubung
==>Kebolehan anda berinteraksi dengan kereta menggunakan pancaindera.
==>Boleh tahu tahap deruman enjin,kekuatan enjin dan pecutan supaya anda tahu mengawal minyak

3)Bergerak Berterusan
==>Tidak boleh berhenti semasa ujian bermula dari garisan permulaan sehinga garisan kuning puncak bukit

4)Bertiga minit
==>Tempoh dari garis mula hingga garisan kuning cuma 3 minit
==>Pelajar yang sudah memahami teknik mendaki bukit biasa hanya perlu 1 minit untuk ujian ini.jadi masa yang diberikan lebih dari cukup.

5)Berhenti di Garisan Kuning
==>Bila sahaja tayar depan anda mencecah garisan kuning anda harus bersedia berhenti
==>Kedudukan tayar yang berhenti yg terbaik apabila berada di tengah-tengah garisan kuning.
==>kedudukan tayar depan tidak boleh kurang daripada garisan kuning atau lebih dari garisan kuning,jika tidak,Anda dianggap gagal!!.
==>semasa sudah berhenti di garisan
1)brek pada kedudukan tepat
2)free gear
MUSTAHAK-Jangan mengangkat tangan sebelum anda pastikan kedudukan tayar kenderaan berada di tempat yang betul.Jika anda dapati kedudukan tayar kenderaan anda tidak betul anda boleh memohon dengan Pegawai Penguji untuk melakukan cubaan yang kedua sebaliknya jika anda telah mengangkat tangan maka anda tidak mempunyai peluang untuk melakukan percubaan yang kedua.

6)Bersedia bergerak
==>Selepas anda berhenti di garisan kuning,JPJ akan menyuruh anda bergerak
==>Tips supaya kereta anda tidak berhenti atau berundur ke belakang
1) Masukkan gear satu
2)Tekan pedal minyak sehingga meter gear dalam lingkungan sederhana tinggi(6-8)
3)Jangan sesekali lepaskan clutch gear semasa anda menekan pedal minyak untuk mendapat kelajuan yg tepat.
4)Lepaskan gear perlahan-lahan,kereta anda akan meluncur kehadapan dengan kelajuan yang stabil

Kunci utama ialah latihan dengan sempurna

TIPS-TIPS UJIAN JPJ – BHG. 3 (JALAN RAYA) KELAS D

TIPS-TIPS UJIAN JPJ – BHG. 3 (JALAN RAYA) KELAS D



Ketika menghadiri Ujian JPJ,  anda perlu berpakaian sopan dan menjaga tata tertib. Yang dimaksudkan berpakaian sopan ialah dengan memakai baju berkolar, seluar panjang dan kasut. Di bawah ini adalah tips-tips yang mesti anda lakukan ketika menghadapi Ujian JPJ bahagian jalan raya untuk kereta.

1) Membuat pemeriksaan terhadap kenderaan

i) Laraskan tempat duduk. Pastikan anda selesa untuk memandu.

ii) Periksa cermin pandang belakang dan kedua-dua belah cermin sisi. Pastikan anda dapat melihat dengan baik belakang kereta  anda.

iii) Menguji signal, lampu, lampu kecemasan dan ‘wiper’. Pastikan semua itu berfungsi.

iv) Memastikan gear berada dalam kedudukan bebas (‘neutral’) dan hidupkan enjen kereta.

v) Memakai tali pinggang keselamatan sebelum memulakan perjalanan.

2) Berhenti di Persimpangan
Sebelum sampai di persimpangan, pastikan anda sudah memberikan signal ke arah yang hendak belok. Berhenti kira-kira 2 meter di belakang garisan berhenti di persimpangan. Tarik brek tangan dan bebaskan gear.  Pastikan tiada kereta yang datang dari sebelah kiri atau kanan sebelum bergerak keluar.

2) Memandu di Jalan Raya
Pastikan anda menggunakan gear yang sesuai. Cuba patuhi had laju yang ditetapkan.  Di jalan raya, had lajunya ialah kira-kira 40-60 kmj. Memandu di kawasan sekolah, had lajunya ialah 30 kmj. Pastikan anda dapat mengawal stereng dengan baik.

3) Memandu di Garisan Berkembar (‘Double Line’)
Anda TIDAK DIBENARKAN untuk memotong di kawasan ini. Kebiasaannya di kawasan sekolah, jambatan, selekoh dan persimpangan.

4) Memandu di Lampu Isyarat
Anda hendaklah mematuhi lampu isyarat. Jika anda nampak lampu isyarat bertukar kepada warna kuning, anda perlu bersedia untuk berhenti. Sekiranya kenderaan anda belum melepasi garisan berhenti, and seharusnya Berhenti. Kalau kenderaan sudah melepasi garisan berhenti, anda dibolehkan untuk meneruskan perjalanan dengan syarat perlu berhati-hati.

5) Kawalan Stereng
Kedudukan tangan di stereng perlu di posisi 2 dan 10. Pastikan tangan anda tidak bersilang ketika melakukan pusingan. Jangan hanya menggunakan sebelah tangan semasa memandu. Anda diizinkan memegang dengan satu tangan apabila menukar gear.

6) Memberhentikan Kenderaan Setelah Selesai Ujian
Sebelum berhenti, pastikan anda sudah memberikan signal kiri terlebih dahulu. Kemudian berhenti secara perlahan-lahan. Bebaskan gear dan tarik ‘hand brake’.

Diharap tips-tips di atas dapat membantu anda dalam menghadapi ujian tersebut. Semoga Berjaya.

TIPS-TIPS UNTUK LULUS UJIAN UNDANG-UNDANG BERKOMPUTER

TIPS-TIPS UNTUK LULUS UJIAN UNDANG-UNDANG BERKOMPUTER


Anda akan dibenarkan menduduki Ujian Undang-Undang Berkomputer kira-kira 3 hari selepas selesai tamat kelas K.P.P. 5 jam. Ujian ini sebenarnya mudah kerana anda telah dibekalkan dengan buku teks, buku contoh soalan dan CD contoh soalan. Yang penting anda perlu mengulangkajinya. Walaubagaimanapun, masih ramai yang menghadapi kesukaran untuk lulus dalam ujian ini. Malah terdapat juga yang telah mengambil lebih daripada 3 kali, tetapi masih belum lulus.

Disini, saya akan berikan tips-tips bagi membantu anda semua untuk lulus. Terdapat 50 soalan di dalam ujian ini. Markah lulus ialah 42 markah. Ini bermakna maksimum kesalahan yang boleh anda lakukan ialah 8 soalan.

Ujian ini dibahagi kepada 3 bahagian. Bahagian A (Papan Tanda) mempunyai 15 Soalan. Bahagian ini adalah yang paling mudah. Oleh itu, anda perlu untuk menjawab dengan betul pada semua soalan di bahagian ini. Cuba ketika anda keluar rumah dengan menaiki kereta atau bas, sila perhatikan papan-papan tanda di jalan raya dan fahamkan betul-betul fungsinya.

Bahagian B (Panduan Berhemat) pula mengandungi 25 Soalan. Soalan-soalan di bahagian ini memang panjang dan agak susah sedikit. Ia memerlukan anda untuk berfikir sebelum menjawab soalan-soalan tersebut. Sila cuba untuk hanya melakukan  4 kesalahan sahaja.

Yang terakhir sekali ialah Bahagian C (Akta Pengangkutan Jalan dan Sistem Kejara). Ia mempunyai 10 soalan sahaja. Sekiranya anda benar-benar mengulangkaji, pastinya tidak susah untuk menjawab soalan di bahagian ini. Kerana semua jawapan yang diberikan adalah fakta. Anda perlu mencapai markah yang tinggi dalam bahagian ini. Banyakkan latihan menjawab soalan di bahagian ini dan cuba hafal soalan dan jawapannya. Oleh itu, sila jangan membuat lebih daripada 3 kesalahan.

Kesimpulannya, jika anda ikut apa yang diperkatakan di atas, anda hanya akan membuat 7 kesalahan sahaja iaitu 0 di Bahagian A, 4 di Bahagian B dan 3 di Bahagian C. Anda akan memperoleh markah 43/50 di mana sudah semestinya anda akan lulus ujian ini. Ikut panduan-panduan di atas dan anda pasti berjaya.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDAPATKAN LESEN MEMANDU


1) Pastikan Jenis Lesen Yang Mahu Diambil
Sebelum mendaftar dengan sekolah memandu, pastikan dulu umur anda sekarang sudah mencapai had kelayakan untuk mengambil lesen atau belum. Had umur untuk lesen motorsikal ialah 16 tahun manakala kereta ialah 17 tahun.



2) Mendaftar Dengan Sekolah Memandu
Pergi ke mana-mana sekolah memandu yang sah dan bincang mengenai harga, kemudahan pengangkutan, jumlah jam belajar dan sebagainya yang ditawarkan. Kemungkinan juga anda akan gagal ujian undang-undang dan ujian praktikal JPJ. Pastikan anda bertanya kepada pengusaha sekolah memandu tersebut mengenai jumlah bayarannya. Begitu juga dengan Lesen L dan P. Adakah ia termasuk dalam jumlah bayaran tersebut. Kebiasaannya harga untuk semua itu bagi lesen kereta ialah antara RM800 – RM1250 manakala lesen motorsikal RM450 – RM550. Anda boleh mengurangkan kos seperti menolak kemudahan pengangkutan, mengurangkan jam belajar dan membayar sendiri lesen L dan P di JPJ. Jika sudah setuju boleh terus mendaftar di sekolah memandu tersebut dengan menyerahkan salinan MyKad, gambar 3 keping dan bayaran deposit. Pastikan resit pembayaran diterima.

3) Senarai Kelas Yang Wajib Diikuti
Kursus-kursus yang wajib anda hadiri ialah:
i) Kursus 5 jam K.P.P. (Kursus Pendidikan Pemandu).
ii) Ujian undang-undang berkomputer. Perlu lulus sebelum boleh mengikuti kelas seterusnya.
iii) Kursus Pra L – teori 3 jam dan amali 3 jam.
iv) Ujian pra kelayakan atau Q.T.I.
v) Ujian praktikal J.P.J.

4) Meghadiri kursus K.P.P. 5 jam.
Pilih hari yang sesuai untuk anda menghadiri kursus K.P.P. ini. Biasanya kelas bermula jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 4.00 petang. Pastikan anda berpakaian kemas seperti memakai baju berkolar, seluar panjang dan kasut setiap kali anda menghadiri kelas memandu. Sijil K.P.P. ini sah laku selama 1 tahun.

5) Ujian Undang-Undang Berkomputer
Selepas 3 hari anda menghadiri kursus K.P.P., anda dibolehkan untuk menduduki ujian undang-undang berkomputer di pusat ujian berdekatan dengan rumah anda. Markah lulus ialah 42/50. Jika gagal anda perlu mendudukinya semula sehingga lulus bagi melayakkan anda menduduki kelas Pra L. Kebiasaannya anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM37 untuk mendudukinya semula. Selepas lulus ujian undang-undang, anda diberikan sijil keputusan. Sijil ini sah laku selama 1 tahun.

6) Menghadiri Kursus Pra L – Teori 3 Jam dan Amali 3 Jam
Kehadiran ke kelas ini bagi membolehkan anda mendapatkan sijil JPJL2B. Dengan ini akan dapat Lesen L kira-kira seminggu selepas tarikh anda menghadiri kursus ini.

7) Belajar Memandu Kereta Atau Motorsikal
Lesen L melayakkan anda untuk belajar secara praktikal memandu. Untuk L motorsikal, anda sudah boleh memandu di jalan raya secara berseorangan. L kereta pula, anda perlu belajar memandu dari pengajar yang mempunyai sijil pengajar. Latihan memandu biasanya adalah selama 4 – 5 kelas atau 8 – 10 jam. Ia bergantung kepada calon itu sendiri. Ada juga yang belajar lebih dari itu. Sudah pasti harga juga akan meningkat. Untuk motorsikal, anda akan belajar membuat pusingan 8, titi, halangan kon, brek kecemasan dan jalan raya. Semua itu dilakukan di litar motorsikal yang disediakan oleh institut memandu. Untuk lesen kereta pula, anda akan diajar menaiki bukit, side parking, 3 penjuru dan jalan raya. Semua itu akan diajar di litar kecuali jalan raya anda akan diajar di jalan raya sebenar.

8) Ujian Pra Atau Q.T.I.
Ujian ini dijalankan sebelum anda dibenarkan untuk menduduki ujian praktikal J.P.J. Ia dijalankan oleh penguji yang bertauliah di institut memandu. Penguji-penguji ini biasanya akan melihat sejauh mana tahap pemanduan anda. Sekiranya gagal dia akan mencadangkan anda untuk belajar 1 atau 2 kelas lagi sebelum diuji semula. Setelah lulus anda boleh menempah tarikh ujian praktikal JPJ.

9) Ujian Praktikal J.P.J.
Anda akan diuji oleh penguji yang dihantar oleh pihak JPJ. Terdapat 2 bahagian iaitu litar dan jalan raya. Anda perlu lulus kedua-duanya bagi membolehkan anda mendapatkan lesen P. Jika gagal, kebiasaannya anda akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM100 – RM200 termasuk 1 atau 2 kelas lagi belajar memandu.

10) Lesen P
Setelah lulus ujian praktikal JPJ, anda perlu menyerahkan butir-butir di bawah kepada sekolah memandu anda :
i) 1 keping gambar.
ii) 1 keping salinan fotostat MyKad.
iii) 1 keping salinan lesen L.
iv) Bayaran (jika ada)

Dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu anda akan mendapat lesen P tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...