Saturday, April 7, 2012

“Learner Driver’s License”

L.D.L. bererti dalam Bahasa Inggeris “Learner Driver’s License”. Untuk belajar memandu, seseorang calon perlu mendapatkan lesen tersebut.

Pelajar-pelajar katahui lesen ini sebagai lesen “L”. Untuk menunggang motorsikal kelas B2 (-250 cc), anda haruslah 16 tahun sekurang-kurangnya.

Kalau hendak membawa motor B Penuh (500+ cc), anda harusnya 21 ke atas. Anda juga semestinya 21 tahun ke atas sekiranya hendak membawa kenderaan besar umpamanya lori, trektor dan treler.

Pihak kerajaan kini dalam usaha menurunkan harga bayaran lesen motor dari RM20 ke RM2 saja. Berita mengatakan harga baru ini akan di turunkan berkuat kuasa 1 September 2009.

Sekiranya hendak mengeluarkan lesen “L”, anda hendak bekalkan pusat memandu labuan dengan butir-butir apa? Bekalkan:

1) 3 salinan MyKad 2 belah.
2) 3 keping gambar berwarna.
3) Keputusan atau sijil undang-undang Kod Jalanraya.
4) Sijil JPJ L2B keluaran oleh institute lain.
5) Bayaran lesen (RM20 motor) dan (RM30 bagi kelas-kelas lain).

Memang benar lesen “L” di anggap sebagai lesen sementara. Tetapi, jangan sewenag-wenang melanggar peraturan jalanraya. Anda boleh kena saman seperti jenis lesen lain juga.

Sewaktu menunggang motorsikal berplet “L”, bawalah lesen “L” bersama.
Semasa belajar memandu kereta dengan instructor ataupun pengajar, bawalah “L” bersama juga.
Di ingatkan motor berplet “L tidak di izinkan membawa penumpang di belakang.
Bawa juga lesen “L” apabila buat Q.T.I. atau PRA UJIAN (ujian percubaan) dengan pegawai-pegawai institut di pusat memandu labuan

Semasa hendak memohon ujian, tidak kira apa jenis pun, salinan “L” hendak juga di kepilkan bersama Borang SM4 serta borang-borang lain. Sekiranya kurang faham, tanyalah instructor anda dari pusat memandu labuan.

“L” juga hendak di bawa bersama semasa hari ujian Praktikal anda. Pastikan tempoh masa “L” anda tidak luput atau pun mati. Tidak membawa “L” semada ujian, sudah pasti anda tidak di benarkan menguji.
Selepas habis ujian praktikal pastikan anda dapatkan kembali lesen “L” dari tangan penguji.
Sekiranya anda berjaya, bekalkan butir-butir di bawah ini kepada pusat memandu labuan anda:
1) Borang JPJ L2B (kad ujian).
2) 3 keping gambar warna berukuran paspot.
3) 3 Kepingan fotostat MyKad 2 belah.
4) Bayaran “P” untuk 2 tahun (RM60).
5) Bayaran upah proses (RM2).

Inilah artikal serba ringkas L.D.L. atau “L” permulaan hingga ke hujung anda belajar, sama ada kereta ataupun motorsikal di pusat memandu labuan.
Walaupun sudah mencapai “P”, simpanlah “L” dengan baik. Manalah tahu, semasa hilang “P” kelak, ia boleh di buat rujukan.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...